Warisan Sejarah Melaka di Bandar Hilir

Warisan Sejarah Melaka

Zaman kegemilangan Melaka yang berlatarbelakangkan pelbagai kisah dan kesan sejarahnya telah meletakkan Melaka sebagai negeri yang mesti di lawati. Sejarahnya yang melampaui 750 tahun jelas terbukti dengan kewujudan bangunan bersejarah yang lama, jalan-jalan yang menarik, kelazatan makanan dan warisan budaya yang unik.

Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang putera Hindu yang dibuang oleh Kerajaan Sri Vijaya di Sumetera. Beliau yang kemudiannya menganut Islam dengan menggunakan nama Raja Iskandar adalah pemerintah pertama yang menandakan permulaan zaman Kesultanan Melaka.

Tempat-tempat dan kesan-kesan peninggalan purbakala jelas menggambarkan sejarah silam Melaka. Antara warisan sejarah yang terkenal adalah di Bandar Hilir yang menempatkan begitu banyak tapak-tapak warisan sejarah hingga telah di iktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Porta de Santiago (A’Famosa)

Warisan sejarah Melaka di Bandar Hilir
Antara warisan sejarah yang sering jadi tumpuan pelancong

Porta de Santiago merupakan sebuah kubu lama yang dibina oleh Laksamana Portugis, Alfonso d’Albuquerque pada tahun 1511.

Sebahagian besar kubu berkenaan telah musnah diserang Belanda pada tahun 1641 tetapi telah dibaik pulih oleh Sir Stanford Raffles pada tahun 1808 dan kekal sehingga sekarang.

Gereja St. Paul

Warisan sejarah Melaka di Bandar Hilir
Gereja St. Paul dibina oleh Portugis

Gereja ini dibuka oleh seorang Kapten Portugis bernama Duarte Coelho pada tahun 1521. Gereja ini kemudiannya di namakan Gereja St. Paul oleh pihak Belanda.

Gereja St. Francis Xavier

Warisan Sejarah Melaka
Warisan Sejarah Melaka – Gereja St. Francis Xavier

Gereja St.Francis Xavier yang yang berunsurkan gothik ini terletak diantara dua jalan iaitu di Jalan Laksamana dan Jalan Gereja,telah dibina pada tahun 1849 diatas tapak gereja yang dibina oleh Fr.Gasper de Cruz pada tahun 1553 iaitu selepas lebih 40 tahun portugis menakhluk Melaka. Gereja tersebut dikenali sebagai Dominican Conven of Our Lady of the Rosary. Gereja ini dinamakan sebagai gereja St. Francis sempena nama seorang paderi terkenal iaitu Fr.st. Francis Xavier. Ia dibina menyerupai Cathedral of St. Peter di selatan perancis yang mempunyai 2 menara dan merupakan salah sebuah gereja katolik yang tertua di Malaysia yang terus digunakan hingga ke hari ini.

Gereja St. Peter

Warisan Sejarah di Melaka
Gereja St. Peters antara yang tertua di Melaka

Gereja St Peters di bina pada tahun 1710 adalah salah sebuah gereja Katolik yang tertua di Malaysia. Gereja ini merupakan tempat di mana pelbagai perayaan seperti Good Friday, Easter Sunday dan Pesta St. Pedro dilakukan. Ianya terletak di Jalan Tun sri Lanang (dahulunya dikenali sebagai jalan Bendahara) dikelolakan oleh pentadbiran Bishop di Macau bertujuan menyebarkan fahaman Kristian Katolik kepada penduduk setempat. Tapak gereja ini disumbangkan oleh seorang pembesar Belanda yang bernama Franz Amboer menandakan tamatnya permusuhan fahaman pembinaan Gereja Katolik di Melaka. Reka bentuk gereja ini mirip kepada reka bentuk gereja yang terdapat di Portugal.

 

About Homestaykesidang

Kami menawarkan Homestay Di Bandar Melaka Yang Selesa Dengan Kadar Yang Berpatutan

Posted on 2013/04/12, in Sejarah Melaka, Warisan Sejarah, warisan sejarah di Bandar Hilir, warisan sejarah melaka and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: