Melaka Tetap Jadi Tumpuan

Melaka cukup terkenal dengan kesan peninggalan sejarah serta keunikan produk pelancongannya sehingga tidak putus menerima kunjungan pelancong domestik mahupun luar negara sepanjang tahun.

homestay di Banda Hilir
Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, jumlah kunjungan mereka yang bertandang ke negeri ini jelas kelihatan berlipat kali ganda berbanding hari-hari biasa.Itulah sebabnya homestay di bandar melaka begitu juga homestay di bandar hilir sentiasa dipenuhi pengunjung.

Kunjungan yang ramai sehingga mencecah 12 juta orang ke negeri ini tahun lalu menunjukkan Melaka mempunyai ‘sesuatu’ yang sukar diungkap dengan kata-kata. Sejak bermulanya cuti sekolah baru-baru ini, bandar raya ini mula menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara berpusu-pusu keBandar Hilir. Setiap cuti hujung minggu, kesesakan jalan raya luar biasa berlaku di setiap laluan masuk ke bandar raya ini. Puluhan bas-bas pelancong dan sekolah dilihat silih berganti memasuki kawasan tumpuan pelancong di Banda Hilir.


Homestay di Banda Hilir
Muzium Kemerdekaan

Setiap hotel daripada lima bintang hingga bajet di sekitar Banda Hilir mula dipenuhi orang, malah ada antara mereka yang datang kecewa kerana tidak dapat menginap di hotel-hotel yang terdapat di negeri ini. Di Banda Hilir terdapat bangunan-bangunan bersejarah seperti Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Istana Kesultanan Melayu Melaka dan bangunan Stadthuys yang merupakan lokasi yang tidak pernah sunyi dengan kunjungan.


Bagi pencinta sejarah, Melaka adalah destinasi tepat untuk meneroka pelbagai isi sejarahnya yang dikatakan diasaskan oleh seorang bangsawan dari Palembang iaitu Parameswara pada tahun 1400. Peninggalan sejarah di negeri ini tidak hanya tertumpu kepada pengasasnya sahaja, malah sejarah kesultanan Melayu, pahlawan terbilang, penaklukan Portugis, Belanda dan British serta sejarah kemerdekaan negara.

Bukti-bukti sejarah yang masih terpelihara sehingga kini, antaranya A Famosa, Perigi Hang Li Poh, Kota St. John, Makam Hang Tuah dan perkuburan Belanda adalah antara produk pelancongan terkenal di negeri ini. Dengan terpeliharanya pelbagai bukti sejarah ditambah dengan produk pelancongan sokongan yang diwujudkan, sasaran mencapai 13 juta pelancong ke negeri ini pada tahun itu bukanlah sesuatu yang sukar. 


Homestay di Ayer Keroh


Produk pelancongan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Melaka River Cruise, Melaka Wonderland, A Famosa Resort, Menara Taming Sari, Zoo Melaka, muzium dan galeri serta tempat-tempat ibadat pelbagai kaum juga menjadi tarikan.

Rata-rata pelancong yang ditemui melahirkan rasa gembira melihat keunikan Melaka berbanding negeri lain di negara ini. Selain keunikan dan keindahan panorama yang dirakamkan menerusi lensa kamera, makanan dan produk kraftangan serta keramahan masyarakat di negeri ini menambah lagi keterujaan mereka. Mereka yang datang bersama keluarga menganggap negeri ini amat sesuai untuk percutian keluarga terutamanya menjelang cuti persekolahan.

Maka tidak hairanlah andai dibandingkan dengan kebanyakan negeri di negara ini, Melaka merupakan salah satunya yang mempunyai lambakan hotel dan rumah inap yang sentiasa dipenuhi pengunjung sepanjang tahun.

Dalam usaha memberikan kepuasan kepada para pelancong yang bertandang ke negeri ini, kerajaan negeri sentiasa komited dalam meneroka pelbagai lokasi di negeri ini yang dirasakan sesuai untuk dijadikan lokasi pelancongan. Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang misalnya, antara lokasi yang bakal dimajukan sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara bagi mengisi pelbagai aktiviti air dan pesisiran pantai pada masa akan datang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121204/ws_01/Melaka-terus-jadi-tumpuan

Enhanced by Zemanta

About Homestaykesidang

Kami menawarkan Homestay Di Bandar Melaka Yang Selesa Dengan Kadar Yang Berpatutan

Posted on 2012/12/05, in ayer keroh, Banda Hilir, homestay di banda Hilir, homestay di bandar Melaka, melaka, Melaka tetap jadi tumpuan, Tumpuan Pelancongan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: