Lokasi lain-lain tumpuan pelancongan di Melaka

Masjid Al Azim – 7.6 km, 11 min



Masjid Al Azim merupakan masjid negeri Melaka
Masjid AlAzim merupakan Masjid Neger Melaka

Masjid Negeri Melaka yang terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Melaka ini mula dibina pada 14 Maret 1984 dan siap sepenuhnya serta mula digunakan pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM 19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Juli 1990 M bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H. 

Rekabentuk Model Masjid Al-Azim ini disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Rekabentuk yang mengambil kira aspek keunikan senibina tradisi Melayu dan seniukir Islam. Sesuai dengan keunikannya itu, ia dapat dilihat dari 2 sudut luaran dan dalaman.

Tapak Berbentuk segiempat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh nabi Muhammad s.a.w. Ianya selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri dari empat unsur utama. Iaitu tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam), tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah ) tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah ), tingkat ketiga melambangkan makrifat (Mengenal Allah ) dan puncaknya yang berukir-ukir digantikan dengan Dom.

Tingkat bawah atap berwarna hijau tua yang menuju ke arah sebuah dom berwarna kuning di bahagian atas puncaknya. Ianya menjelaskan tentang sesuatu permohonan hamba yang mengharapkan penerimaannya oleh Allah S.W.T.

Sebuah menara setinggi 188 kaki (57.3m) dibina berbentuk segi lima yang berfalsafahkan Rukun Islam. Asalnya dijadikan tempat bilal melaungkan azan bagi menandakan masuk waktu sembahyang. Jika dilihat dari jauh pula, ia lebih nyata sebagai satu mercu tanda masjid.

Setiap hujung tulang bumbung masjid ini terdapat sulurbayung yang melambangkan satu ciri keistimewaan terhadap keindahan senibina Melayu. Ilham terciptanya sulurbayung ini diambil dari sejenis tumbuhan liar di tepi sungai. Ianya menggambarkan genggaman tangan semasa bertahhiyat.

Seni taman direka khas untuk mewujudkan keindahan persekitaran masjid supaya lebih cantik dan menarik.

Tingkat atas seluas 4,125 kps (383.21 mps) dikhaskan untuk wanita 700 seramai orang. Ianya dikelilingi oleh pagar besi berukir yang cantik dengan unsur Islam. Tingkat bawah pula meliputi ruang seluas 57,600 kps (5,351 mps) yang boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. Ianya luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil. Sebanyak 3 batang tiang besar dibina pada setiap empat penjuru masjid ini bagi mengukuhkan binaan bumbungnya.

Mihrab dibina berhadapan dengan dewan sembahyang utama yang menandakan arah qiblat yang mengarah ke Baitullah, Mekah. Juga dijadikan tempat imam memimpin salat Jumaat. Ianya dibina dari batu marmar yang diimport dan dihiasi dengan kepingan logam berukir mengikut unsur Islam.

Mimbar terletak di sebelah kanan mihrab yang dihiasi dengan awan larat yang cantik dan mempunyai nilai seniukir tempatan yang tinggi. Kayu cengal yang terbaik dipilih untuk membuat mimbar setinggi 15 kali ( 4.57m) dengan kelegaan seluas 4.5 kps (1.37 mps) untuk ruang khatib membaca khutbah Jumaat.

Bilik imam dibina berhampiran dengan mihrab dan mimbar yang disediakan sebuah pintu keluar masuk. Manakala bilik mesyuarat pula dibina sederet dengan bilik imam bagi memudahkan urusan pentadbiran masjid ini.

Khat Ayat al-Quran Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat yang menarik. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini.

Anjung dan Beranda merupakan satu ruang lapang yang berdinding dan bersambung dengan beranda sepertimana bentuk rumah masyarakat Melayu Melaka. Juga berfungsi sebagai tempat sembahyang di samping untuk kegunaan lain mengikut keperluan semasa.

Bilik wuduk dan bilik persalinan dibina dua tingkat secara berasingan antara lelaki dan perempuan sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam yang melarang pergaulan bebas. Bilik wuduk dan persalinan pakaian di tingkat atas dilengkapi dengan kemudahan paip air. Manakala di tingkat bawah pula dibina deretan tandas bagi kemudahan para pengunjung. 


Masjid Selat Melaka – 11.7 km, 21 min


Masjid Selat terletak di Pulau Melaka
Masjid Selat Melaka, Masjid di atas laut Selat Melaka ini dibina di tepi laut Selat Melaka yang terkenal itu. Selat paling sibuk di dunia, banyak kapal kapal tanker lalu lalang membawa minyak mentah di Selat Melaka dan Selat Singapura.

Masjid ini di bina atas inisiatif Kerajaan Negeri Melaka di atas tapakn Pulau buatan iaitu di Pulau Melaka. Masjid yang dibina dengan anggaran kos sebanyak 10 juta itu dibina di tepi pantai yang sama paras dengan aras laut dan ianya kelihatan terapung bila air pasang. Majlis perasmian masjid ini disempurnakan oleh Yang DiPertuan Agong pada 24 November 2006.


Stadium Hang Jebat – 15.6 km, 21 min

Stadium Hang Jebat, Melaka boleh memuatkan 40,000 penonton

Stadium Hang Jebat Terletak di Paya Rumput, Krubong ini boleh memuatkan seramai 40,000 penonton. Antara kemudahan yang disediakan di stadium ini ialah

  • Padang Bola Sepak
  • Gelanggang Sepak Takraw
  • Gelanggang Bola keranjang
  • Trek dan Padang
  • Litar Motosikal Mini
  • Tapak Lompat Jauh dan Lompat Tinggi
  • Peralatan padang juga tersedia untuk disewa 

Perigi Hang Tuah – 5.2 km, 9 min

Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai – 14 km, 23 min

A Famosa Water World, Alor Gajah – 36.8 km, 35 min


Seri Negeri, Ayer Keroh – 4.5 km, 6 min

Enhanced by Zemanta

About Homestaykesidang

Kami menawarkan Homestay Di Bandar Melaka Yang Selesa Dengan Kadar Yang Berpatutan

Posted on 2012/10/26, in Ikan Bakar Umbai, Masjid Al Azim, masjid selat, Perigi Hang Tuah, Tempat Menarik. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: