Lokasi Institut Pengajian Tinggi di Melaka

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Photo credit: Wikipedia)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) – 12.3 km, 16 min

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (singkatan: UTeM) merupakan IPTAserta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini teleh diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. Maka pada tanggal 1 Februari 2007 tercacatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal “hands-on” untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. Kini terdapat dua kampus UTeM iaitu Kampus Bandar dan Kampus Induk. Kampus Induk terletak di Durian Tunggal, Melaka.

Sebagai sebuah Universiti Berfokus, UTeM memfokuskan kepada bidang kejuruteraan, ICT dan pengurusan teknologi. UTeM sentiasa mengekalkan reputasinya sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi. Bidang penyelidikan di UTeM juga memberi penekanan kepada bidang yang dikenalpasti mampu meningkatkan kredibiliti unik UTeM dan mampu meningkatkan reputasi UTeM sebagai sebuah universiti teknikal seperti teknologi hijau, kejuruteraan sistem, interaksi manusia-teknologi, dan dan teknologi termaju.

UTeM menerima kemasukan pelajar bukan sahaja dari dalam Negara malah pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar antarabangsa di UTeM termasuklah dari Indonesia, Saudi Arabia, Chad, Syria, Pakistan, Cameroon, Bangladesh, Tanzania, India, Somalia, Singapura, Qatar, Palestine, Libya, Iraq, Iran, Ghana, France, Yemen, Nigeria dan Jordan. 


Universiti Multimedia Melaka (MMU) – 7.9 km, 12 min

Terletak strategik di sekitar kawasan kediaman yang tenang, tapak perindustrian yang berkembang pesat dan tempat pelancongan yang indah di Ayer Keroh , MMU (Melaka Campus) bermula sebagai Institut Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (ITTM) dan ditubuhkan Mei 1993. Ia kini menempatkan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Perniagaan dan Undang-undang, Pusat Asasi dan Pendidikan Lanjutan, Pusat Program Diploma dan Institut Pengajian Pascasiswazah.

Universiti Multimedia MMU Melaka Fakulti Kejuruteraan Multimedia University (MMU), sebuah institusi pendidikan tertiari yang ditubuhkan melalui Universiti Telekom Sdn Bhd (UTSB), sebuah anak syarikat milik penuh TM, memenuhi tanggungjawab sosial korporat – mengambil cabaran mendidik-generasi  pemimpin negara masa depan dan pekerja yang berilmu.

Sebagai universiti swasta pertama di Malaysia, MMU berjaya membangunkan model perintis bagi penubuhan universiti swasta di negara ini, membuka jalan bagi pertumbuhan sektor pendidikan tinggi swasta. Sebagai universiti di tengah-tengah MSC, MMU juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan industri ICT berteknologi tinggi negara, selari dengan model Lembah Stanford Silikon di Amerika Syarikat.

Universiti Multimedia MMU Melaka berkembang pesat dan kini menampung lebih 20,000 pelajar dalam temph 12 tahun sahaja. MMU telah mencapai banyak kejayaan dalam tempoh yang agak singkat. MMU mempunyai dua kampus, kampus asalnya di bandar bersejarah Melaka, dan kampus di Cyberjaya yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Ia telah mengeluarkan 22.820 graduan dalam tempoh tersebut, dan satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa 93% siswa keluaran MMU telah mendapat tawaran kerja dalam tempoh 6 bulan setelah tamat pengajian. MMU juga telah memberi peluang kepaad lebih 4200 pelajar antarabangsa dari 75 negara untuk mendapatkan pendidikan tinggi di sini.. 

Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka – 5.5 km, 8 min
Kolej Manipal – 5.8 km, 8 min
Universiti Teknologi Mara, Kampus Bandar
Universiti Teknikal Melaka, Kampus Bandar
Kolej Profesional Mara
Kolej Yayasan Saad – 10.5 km, 14 min
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil, Melaka – 1.8 km, 4 min
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Melaka – 7.8 km, 12 min
Sekolah Menengah Bukit Katil / Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka / Dewan Tun Ali – 1.9 km, 3 min

Enhanced by Zemanta

About Homestaykesidang

Kami menawarkan Homestay Di Bandar Melaka Yang Selesa Dengan Kadar Yang Berpatutan

Posted on 2012/10/26, in ayer keroh, Durian Tunggal, Malacca, Malaysia, Malaysia Melaka, melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Teknologi Mara. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: