Kawasan Pelancongan Ayer Keroh

Zoo Melaka
Zoo Melaka (Photo credit: Wikipedia)
Malacca Book Village, Hang Tuah Jaya, Ayer Ker...
Malacca Book Village, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Malacca, Malaysia (Photo credit: Wikipedia)
Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka – 10.4 km, 14 min 
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia. Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh.

Selain rama-rama, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, kala jengking labah-labah, dan ratusan jenis serangga yang akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Menyaksikan reptilia seperti ular secara dekat, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.

  
Taman Mini Malaysia Dan Taman Mini Asean – 6.9 km, 10 min 

Taman Mini Malaysia, boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia dimana setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum. Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.

  
Taman Botanikal Melaka – 6.9 km, 10 min 
Pintu masuk Taman Botanikal
Taman Botanikal dahulunya  terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar.  Antara yang terdapat di Taman Botanikal ini ialah:
  • Penyediaan kompleks tempat letak kereta
  • Destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan.
  • Pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain untuk tatapan pengunjung.
  • Menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.
  • Antara landscape menarik yang ada di Taman Botanikal

    Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan.

  • 300 spesis flora dan fauna.
Terdapat 5 taman utama di sini iaitu: 
  • Taman Keladi
  • Taman Orkid
  • Taman Helicornia
  • Taman Buluh
  • Taman Herba
Melaka Wonderland Theme Park & Resort – 6.4km 10min 

Melaka Wonderland Theme Park & Resort merupaka salah satu taman tema air terbaru yang di buka dan ianya terletak di Ayer Keroh Melaka.  Melaka Wonderland merupakan salah satu tarikan terkini untuk pelancong samada dari dalam mahupun luar negara untuk berkunjung ke Melaka. Ia juga menawarkan pengalaman taman air kepada semua orang, keluarga, anak-anak, remaja dan mereka yang gemarkan thrill. Dari  high-speed water slides ke tranquil greenery, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menjanjikan keseronokan kepada semua pengunjungnya. 
Melaka Wonderland
Antara tarikan di Melaka Wonderland

Taman tema yang unik ini mempunyai 16 tarikan utama iaitu Tornado Chaser (1st Malaysia), Lazy cum Crazy river, 1 Big Wave pool, Adventure Island dan dikelilingi hutan rekreasi semulajadi seluas 360 hektar.

Zoo Melaka – 7.2 km, 10 min

Pintu masuk Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi. Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. 
Harimau antara tarikan di Zoo Melaka

Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, terdapat kira-kira 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. 

Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur. Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 – 11:30 malam.


Dataran Sejarah Melaka, Ayer Keroh, Melaka – 5.7 km, 9 min

Jam besar pada
keempat-empat
muka menara

Dataran Sejarah adalah satu lagi mercu pusat kegiatan riadah dan kebudayaan yang telah dibina oleh MBMB untuk digunakan dan dinikmati oleh rakyat umum. Terletak 3 km dari pintu masuk utara Melaka melalui lebuhraya utara/selatan, di kawasan rekreasi Ayer Keroh, 

Ia terletak di Ayer Keroh dan dilengkapi dengan Padang Dataran, Bangunan Utama, Menara Jam, Pentas Lintas Hormat, Amfiteater, Laman Seni, Wakaf, Balai Pameran, Tempat Letak Kereta dan Tandas Awam. Komponen-komponen Dataran Sejarah Melaka ini boleh disewakan secara berasingan kepada semua.


Taman Buaya Melaka – 5.9 km, 9 min
Taman Buaya Melakamenempatkan kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka. Pengunjung boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Tarikan terbaru di Taman Buaya ialah Taman Permainan Air dan ianya terbuka kepada semua pengunjung. Taman ini mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5′ dan 2.5′. Lain-lain tarikan di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Melaka International Trade Centre (MITC) – 6.6 km, 10 min
Melaka International Bowling Centre (MIBC) – 6.5 km, 10 min
Planetarium Melaka – 6.9 km, 10 min
Muzium Orang Asli 
Tasek Ayer Keroh
Mydin

Enhanced by Zemanta

About Homestaykesidang

Kami menawarkan Homestay Di Bandar Melaka Yang Selesa Dengan Kadar Yang Berpatutan

Posted on 2012/10/26, in Destinasi pelancongan, kawasan pelancongan ayer keroh, Melaka Wonderland, Taman botanikal, taman mini malaysia, Taman rama-rama, Tempat Menarik, zoo melaka. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: