Melaka sebagai destinasi pelancongan anda

homestay kesidang di bandar Melaka

Zaman kegemilangan Melaka yang berlatar belakangkan pelbagai kisah dan kesan sejarahnya telah meletakkan negeri Melaka sebagai tempat yang perlu di lawati  jelas terbukti dengan kewujudan bangunan-bangunan lama peninggalan penjajah, jalan-jalan yang menarik, kelazatan makanan seperti asam pedas dan warisan pelbagai budaya yang menarik.

homestay kesidang di bandar Melaka

Melaka juga terkenal sebagai pusat perdagangan maritim utama di rantau ini pada abad ke 16 yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Arab,  China, India dan Eropah yang datang berdagang emas dan perak, rempah-ratus, tembikar dan juga sutera. Kuasa-kuasa besar Eropah seperti Portugal, Belanda dan juga Inggeris yang telah menjajah negeri ini sehinggalah tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.




Pelancongan merupakan sektor kedua terpenting selepas sektor perindustrian di dalam pembangunan ekonomi negeri Melaka. Negeri Melaka yang kaya dengan sumber sejarah, kebudayaan dan kesenian menjadikan negeri Melaka tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.


Negeri Melaka adalah salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia di mana pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai “Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO”. Sektor pelancongan Melaka disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelancongan Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.
Homestay Kesidang Di Bandar Melaka
Pencapaian terbaik itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada pengusaha produk pelancongan dan sekali gus mengharumkan nama Melaka dalam industri pelancongan.

About Homestaykesidang

Kami menawarkan Homestay Di Bandar Melaka Yang Selesa Dengan Kadar Yang Berpatutan

Posted on 2012/10/25, in Destinasi pelancongan, Homestay di Melaka, homestay dipuncakbukitkatil melaka. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: