Kesidang Lia Homestay – Penginapan Di Bandar Melaka Yang Lengkap, Murah dan Selesa

INGINKAN PENGINAPAN YANG MURAH, LENGKAP DAN SELESA DI LOKASI YANG STRATEGIK  DI BANDAR MELAKA

ALAMAT HOMESTAY
163B, JALAN KESIDANG 2/13
TAMAN KESIDANG SEKSYEN 2,
KAMPONG LAPAN,

75200 MELAKA

TELEFON/WHATAPP : 019-6507363

EMEL: muhalith@gmail.com

FB: http://facebook.com/kesidanghomestay

twitter: http://twitter.com/muhalith

KADAR SEWA : RM180.00

CHECK IN: 2.00 PTG DAN CHECK OUT: 12 TGH HARI

KESIDANG LIA HOMESTAY:

  • TIDAK JAUH DARI MELAKA SENTRAL , TESCO, JAYA JUSCO BANDARAYA DAN  MYDIN (BAZAR MELAKA SENTRAL).
  • 10 MINIT(3 km) KE RIVER CRUISE/MONORAIL DI TAMAN REMPAH, KAMPUNG MORTEN(KG. TRADISIONAL), TMN TEMA PIRATE PARK, HOSPITAL BESAR,  MASJID AL-AZIM(NEGERI) DAN PASAR BESAR.
  • 10 MINIT(3 km) KE UiTM, UTEM DAN KPM CAWANGAN BANDAR MELAKA.
  • 15 MINIT(6km) KE BANDAR HILIR (TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH KAWASAN PELANCONGAN).
  • 20 MINIT(13km) KE ZOO MELAKA, TAMAN BUAYA, TAMAN RAMA-RAMA, MINI MALAYSIA, MINI ASEAN, MELAKA WONDERLAND DAN HUTAN REKREASI.
  • SURAU YANG BERDEKATAN DGN RUMAH (700m).
homestay di bandar melaka

Parking 4 buah kereta

homestay di bandar melaka

Bilik Tidur utama

homestay di bandar melaka

Bilik Tidur 2

homestay di bandar melaka

Bilik tidur 3

homestay di bandar melaka

rumah yang luas dan selesa

1)    3 BILIK TIDUR YANG LUAS DAN SELESA
  • BILIK 1 = 1 KATIL QUEEN
  • BILIK 2 = 1 KATIL QUEEN DAN 1 KATIL BUJANG
  • BILIK 3 = 2 KATIL BUJANG (DENGAN SELIMUT)
  • EXTRA BANTAL DAN  2 TOTO
  • 2 BILIK AIR
  • 20% DISKAUN TIKET RIVER CRUISE
2)   TV DAN ASTRO NJOI DI RUANG KELUARGA
3)   SATU RUANG TAMU DAN SATU RUANG KELUARGA YANG SELESA
4)   DILENGKAPI DENGAN BARANG KEPERLUAN ASAS SEPERTI PETI SEJUK, DAPUR GAS,PINGGAN MANGKUK, SETERIKA, CEREK ELEKTRIK,PEMBAKAR ROTI,PERIUK NASI,KUALI,PERIUK,FILTER AIR DAN MESIN BASUH.
5)   SET KERUSI RUANG TAMU, MEJA MAKAN, KABINET, ALMARI BAJU , ALMARI MEKAP DAN RAK TUALA.
6)   KOPI, TEH, GULA
*KEMUDAHAN YANG LENGKAP SEPERTI BERADA DI RUMAH SENDIRI.
homestay di bandar melaka

Ruang tamu

homestay di bandar melaka

Ruang keluarga dilengkapkan dengan TV, ASTRO NJOI

homestay di bandar melaka

Dapur, ruang makan berasingan dan luas

Homestay di Melaka

Dapur, peti sejuk, mesin basuh dan meja makan

homestay di melaka

periuk nasi elektrik

Homestay di melaka

Ironing board

homestay di melaka

Ampaian

AMAT SESUAI UNTUK:

  • MEMBAWA KELUARGA BERCUTI DAN MELAWAT KESAN-KESAN SEJARAH YANG BANYAK DI MELAKA
  • KENDURI KAHWIN. KALAU PERLU BOLEH SEWA DUA BUAH RUMAH
  • MENGHADIRI MESYUARAT. BOLEH BUAT TUNTUTAN TNT. RSEIT AKAN DIBERIKAN KALAU PERLU
  • KONVOI DENGAN KAWAN-KAWAN. RUMAH YANG LUAS DAN SELESA BOLEH MENEMPATKAN RAMAI DAN PARKING YANG LUAS BOLEH LETAKKAN 4 BUAH KERETA DI KESIDANG LIA DAN LEBIH DARI 4 KERETA DI KESIDANG MOON
  • MENGHANTAR ANAK KE UiTM, UTEM, KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN POLITEKNIK KOTA KERANA HOMESTAY TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT
  • ATAU APA SAHAJA PROGRAM ATAU TUJUAN ANDA UNTUK DATANG KE MELAKA.

KELEBIHAN MENGINAP DI KESIDANG LIA HOMESTAY

  1. BOLEH MUAT RAMAI – BILIK LUAS, RUANG KELUARGA LUAS, TAMBAHAN TOTO DAN BANTAL DISEDIAKAN.
  2. DALAM KEJIRANAN MELAYU,
  3. MUDAH UNTUK KE TEMPAT-TEMPAT UTAMA PELANCONGAN SEPERTI BANDAR HILIR, MAHKOTA PARADE, DATARAN PAHLAWAN, RIVER CRUISE, UiTM CITY CAMPUS, UTEM CITY CAMPUS, UTC, JALAN HANG TUAH, KOLEJ PROFESIONAL MARA, HOSPITAL BESAR, SOUTHERN HOSPITAL, MELAKA SENTRAL, MASJID AL AZIM, MASJID KG. HULU, MASJID TENGKERA, INTERNATIONAL SCHOOL, KLEBANG, BUKIT CINA DAN BANYAK LAGI.
  4. KALAU RAMAI BOLEH SEWA DUA BUAH HOMESTAY KESIDANG LIA DAN KESIDANG MOON YANG TERLETAK BERHAMPIRAN.
  5. BOLEH MEMASAK

LOKASI HOMESTAY KESIDANG

TEMPAT MENARIK UNTUK DI LAWATI

Destinasi Jarak (KM) Masa
  • Bandar Hilir
5.1 – 6.3 km 12 – 13 minit
5 – 6.5 km 10 – 12 minit
  • Pusat Pelancongan Bangunan Belanda
5 – 6.5 km 10 – 12 minit
  • Bkt. Cina, Perigi Hang Li Po, Tokong Sam Poh Kong, Gereja St. Peter
7 km 15 minit
  • Masjid Kg, Kling dan Masjid Kg. Hulu
5 – 6 km 10 minit
  • Melaka Sentral
4 – 5 km 10 minit
  • Masjid Al Azim
5 km 10 minit
  • Hospital Melaka
5 km 10 minit
  • Mahkota Parade, Dataran Pahlawan
6 – 7 km 13 minit
  • Jonker Street, Jalan Hang Jebat
4 km 10 minit
  • Tokong Chen Hoong Teng, Kuil Sri Poyattha Vinyagar Moorthi
5km 10 minit
  • Masjid Tengkera (Makam Sultan Husin)
3 km 6 minit
  • Hang Tuah Mall
3 km 8 minit
  • River Cruise dan Kg. Morten, Villa Sentos
3 km 8 minit

10 Petua Merancang Percutian Berhemat

Banyak wang dibelanjakan untuk pergi bercuti bersama keluarga yang mana ramai antara kita yang tidak mampu. Majoriti daripada kita berakhir dengan membayar faedah ke atas percutian kerana menggunakan kad kredit di sebabkan kita benar-benar tidak mampu pada masa itu. Cuba amalkan tips berikut supaya anda boleh berjimat cermat  ketika percutian anda bersama. Continue reading

Jangan Lakukan Perkara Ini semasa Melancong

Percutian memang sesutu yang menyeronokkan. Tetapi adakalanya percutian yang telah anda rangka dengan rapi sejak sekian lama tidak berlaku seperti apa yang anda harapkan. Di sini saya cuba berkongsi dengan anda perkara yang perlu anda hindari semasa percutian supaya percutian anda adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Satu Senarai Semak supaya anda jangan lakukan perkara ini semasa melancong. Ingat melancong adalah saat untuk berseronok dan menimba pengalaman manis. Jangan sampai percutian anda terpalit dengan kenangan pahit.

Jangan lakukan perkara ini semasa melancong
 

Jangan Biarkan Tekanan Menjejaskan Keseronokkan Percutian Keluarga Anda

(1) Tekanan: merosakkan Perjalanan Sebelum Mereka Malah Mula.

Sesetengah orang begitu obsess dalam membuat perancangan perjalanan sehingga setiap perkara di ambil kira dengan begitu teliti, dan apabila perkara yang dirancang tidak berlaku sebagaimana dikehendaki, ia kadang-kadang membuat perjalanan keseluruhan kelihatan suram. Ini boleh membawa kepada tekanan yang tidak perlu yang akan menjejaskan keseluruhan bercuti. Rancang semua keperluan seminggu sebelum percutian. Kumpulkan semua keperluan, dan kalau perlu cetak senarai restoren, tempat-tempat yang hendak dikunjungi dan kos tiket dan sebagainya. Jika semuanya sudah diselesaikan, tekanan tidak akan berlaku semasa bercuti. Continue reading

Melaka International Motorsport Circuit

Melaka International Motorsport Circuit
MIMC antara litar permotoran terbesar di Malaysia

Salah satu tarikan pelancongan sektor sukan yang terdapat di Melaka ialah Melaka International Motorspot Circuit (MIMC) terletak dikawasan seluas 3.5 hektar berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh dan kira-kira 6 kilometer dari Homestay dPuncak, Bukit Katil, Melaka. Litar ini mempunyai jarak perlumbaan sepanjang 1.7 kilometer. MIMC yang dibina dengan kos RM 9.9 juta mempunyai 800 tempat duduk serta merupakan gelanggang sukan permotoran yang terbesar di Malaysia.

Litar: – 1.6 km (litar)

Melaka International Motorsport Circuit
layout track MIMC

  • - Grandstand / padok / kafeteria 
  • - pecut 200 meter (motosikal) 
  • - Sistem Masa AMB 
  • - lampu 1,000 lux (lumba malam) 
  • - Litar kamera 
  • - Litar kereta kawalan jauh 

Kemudahan “Sukan Bermotor” :

  • - Go-kart (sewa / jualan / perlumbaan / akademi) 
  • - Motosikal (750cc ke bawah) 
  • - perlumbaan / pecut / sewa / jualan / akademi 
  • - Motosikal Mini – Kereta (drift / pemanduan lanjutan / akademi) 
  • - perlumbaan kereta kawalan radio

Warisan Sejarah Melaka di Bandar Hilir

Warisan Sejarah MelakaZaman kegemilangan Melaka yang berlatarbelakangkan pelbagai kisah dan kesan sejarahnya telah meletakkan Melaka sebagai negeri yang mesti di lawati. Sejarahnya yang melampaui 750 tahun jelas terbukti dengan kewujudan bangunan bersejarah yang lama, jalan-jalan yang menarik, kelazatan makanan dan warisan budaya yang unik.

Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang putera Hindu yang dibuang oleh Kerajaan Sri Vijaya di Sumetera. Beliau yang kemudiannya menganut Islam dengan menggunakan nama Raja Iskandar adalah pemerintah pertama yang menandakan permulaan zaman Kesultanan Melaka.

Tempat-tempat dan kesan-kesan peninggalan purbakala jelas menggambarkan sejarah silam Melaka. Antara warisan sejarah yang terkenal adalah di Bandar Hilir yang menempatkan begitu banyak tapak-tapak warisan sejarah hingga telah di iktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Porta de Santiago (A’Famosa)

Warisan sejarah Melaka di Bandar Hilir
Antara warisan sejarah yang sering jadi tumpuan pelancong

Porta de Santiago merupakan sebuah kubu lama yang dibina oleh Laksamana Portugis, Alfonso d’Albuquerque pada tahun 1511.

Sebahagian besar kubu berkenaan telah musnah diserang Belanda pada tahun 1641 tetapi telah dibaik pulih oleh Sir Stanford Raffles pada tahun 1808 dan kekal sehingga sekarang.

Gereja St. Paul

Warisan sejarah Melaka di Bandar Hilir
Gereja St. Paul dibina oleh Portugis

Gereja ini dibuka oleh seorang Kapten Portugis bernama Duarte Coelho pada tahun 1521. Gereja ini kemudiannya di namakan Gereja St. Paul oleh pihak Belanda.

Gereja St. Francis Xavier

Warisan Sejarah Melaka
Warisan Sejarah Melaka – Gereja St. Francis Xavier

Gereja St.Francis Xavier yang yang berunsurkan gothik ini terletak diantara dua jalan iaitu di Jalan Laksamana dan Jalan Gereja,telah dibina pada tahun 1849 diatas tapak gereja yang dibina oleh Fr.Gasper de Cruz pada tahun 1553 iaitu selepas lebih 40 tahun portugis menakhluk Melaka. Gereja tersebut dikenali sebagai Dominican Conven of Our Lady of the Rosary. Gereja ini dinamakan sebagai gereja St. Francis sempena nama seorang paderi terkenal iaitu Fr.st. Francis Xavier. Ia dibina menyerupai Cathedral of St. Peter di selatan perancis yang mempunyai 2 menara dan merupakan salah sebuah gereja katolik yang tertua di Malaysia yang terus digunakan hingga ke hari ini.

Gereja St. Peter

Warisan Sejarah di Melaka
Gereja St. Peters antara yang tertua di Melaka

Gereja St Peters di bina pada tahun 1710 adalah salah sebuah gereja Katolik yang tertua di Malaysia. Gereja ini merupakan tempat di mana pelbagai perayaan seperti Good Friday, Easter Sunday dan Pesta St. Pedro dilakukan. Ianya terletak di Jalan Tun sri Lanang (dahulunya dikenali sebagai jalan Bendahara) dikelolakan oleh pentadbiran Bishop di Macau bertujuan menyebarkan fahaman Kristian Katolik kepada penduduk setempat. Tapak gereja ini disumbangkan oleh seorang pembesar Belanda yang bernama Franz Amboer menandakan tamatnya permusuhan fahaman pembinaan Gereja Katolik di Melaka. Reka bentuk gereja ini mirip kepada reka bentuk gereja yang terdapat di Portugal.

Pekeliling Jadual Gaji Minimum – Maksimum 2013

Penambahbaikan Struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Perhimpunan Perdana Kakitangan Awam pada 18 Mac yang lalu. Jadual Gaji Minimum-Maksimum ini antara lainnya mengandungi perkara berikut:

1.    Struktur Jadual Gaji Minimum Maksimum sedia ada ditambah baik,

2.    Peringkat gaji (P) bagi Kumpulan Pelaksana dan, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijadikan satu lapisan jadual gaji minimum-maksimum yang baru dengan melibatkan penggabungan:
      –    Peringkat gaji P1, P2 dan P3 di gred lantikan.
      –    Peringkat gaji P1 dan P2 di gred kenaikan pangkat.

3.    Gaji maksimum Jadual Gaji Minimum Maksimum bagi semua Kumpulan Perkhidmatan ditambah

4.    Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga (3) KGT untuk membolehkan pegawai menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (PGT). 4. JGMM baru yang ditambah baik adalah seperti di Lampiran A. Bagi JGMM yang tidak terdapat dalam Lampiran A, Ketua Jabatan hendaklah memohon JGMM daripada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan pegawai terlibat yang telah dikemas kini dan disahkan.

Pekeliling Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum 2013

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Selaras dengan hasrat bagi meningkatkan produktiviti kerja penjawat awam, Kerajaan bersetuju menambah baik struktur JGMM bagi Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi di bawah SSM 2012.

Untuk maklumat lanjut sila Muat turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013

Jaga Diet Sewaktu Melancong

jaga diet
Banyakkan makan buah-buahan 
Duduk lama di dalam kenderaan serta berhenti makan di setiap perhentian akan menyebabkan diet anda jadi tidak betul. Jaga diet anda dan jauhi restoren-restoren fast food dari menu anda. Sebelum memulakan perjalanan, bawa banyak makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran mentah dan sandwich. Jangan lupa air masak atau air mineral dan jauhkan seboleh-bolehnya air tin atau botol yang mengandungi gas dan gula yang berlebihan. 
Sekiranya anda bercuti dalam jangka waktu yang lama, pastikan anda tidak terlepas dari melakukan excersice sekurang-kurangnya sekali. Sekiranya anda menginap di homestay Kesidang di Bandar Melaka, anda boleh pergi berjogging di Pantai Klebang atau Taman Bandaran di Bukit Serindit. Anda juga boleh jogging atau melakukan brisk walk sepanjang River Cruise sambil menikmati keindahan di sepanjang Sungai Melaka. Jangan lupa bawa keluarga anda sekali supaya sama-sama dapat beriadah dan mengeratkan lagi  pehubungan sesama keluarga.

Anda juga lebih mudah untuk mengawal diet anda jika anda menyewa homestay yang menyediakan kemudahan memasak yang membolehkan anda memasak sendiri. Ini bukan sahaja menjimatkan wang tapi dapat membantu anda mengawal diet anda walaupun anda sedang bercuti bersama keluarga. Jangan sesekali abaikan diet anda walaupun anda sedang bercuti! Jaga diet anda untuk kehidupan yang lebih sihat.

Enhanced by Zemanta

Tempat menarik di Melaka – Dutch Heritage Trail

tempat menarik
Panduan Dutch Heritage Trail
Melaka, terkenal dengan kesan sejarah dan budaya yang kekal terpelihara dari dulu hingga sekarang. Itulah sebabnya mengapa Melaka terpilih sebagai salah satu tapak warisan sejarah UNESCO. Melaka adalah antara bandar tertua dan kawasan pelancongan paling popular di Malaysia dan dunia sekarang ini.
Bandar Melaka sendiri adalah kecil dan kompak. Anda boleh menjelajahinya dengan berjalan melalaui lorong-lorong sempit yang mana di kiri kanannya terletak kedai-kedai lama yang menjual barang antik dan lain-lain barangan istimewa. Dengan kerjasama antara Pusat Penerangan Pelancongan dan American Express Foundation, mereka memajukan Dutch Heritage Trail yang akan membawa pelancong-pelancong ke tempat-tempat yang menarik dengan berpandukan peta yang diberi.

Pelancongan di Melaka – Melaka International Bowling Centre

Sukan bowling merupakan antara sukan yang diminati di Malaysia. Melaka juga tidak ketinggalan dalam menyediakan kemudahan sukan bowling di negeri ini dan sukan bowling juga merupakan antara tarikan pelancongan di Melaka yang sering menjadi tumpuan.

Antara pusat bowling di Melaka yang sering menjadi tumpuan ialah:

Melaka International Bowling Centre.

Pelancongan Di Melaka
Melaka International Bowling Centre

Melaka International Bowling Centre Mempunyai 52-lorong merupakan kompleks bowling terbesar di Malaysia yang bakal menjadikanMelaka antara lokasi antarabangsa bagi pertandingan bowling dan berfungsi sebagai pusat latihan bagi menghasilkan pemain bertaraf dunia.

Melaka International Bowling Centre.
Lane dilengkapi dengan mesin QubicaAMF

Lorong bowlingnya dilengkapi mesin bowling QubicaAMF. Melaka International Bowling Centre ini juga menempatkan kafeteria, kedai dan sebuah surau.

Ampang Superbowl, Mahkota Parade Melaka
 

Tempat menarik di Melaka
Pintu masuk ke Ampang Superbowl, Mahkota Parade

Ampang Superbowl mempunyai 40 lorong dan terletak di tingkat 2, Mahkota Parade, Melaka. telah beroperasi di Melaka sejak tahun 2005 dan merupakan antara pusat bowling terunggul di Melaka sebelum adanya MIBC di Ayer Keroh.

Lane di Ampang superbowl, mahkota Parade